S$167,000 lesap dalam kes penipuan di Facebook, Instagram libatkan kudapan Tahun Baharu Cina
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya lima orang menjadi mangsa kepada kes penipuan yang melibatkan penjualan barang makanan seperti kudap-kudapan Tahun Baharu Cina sejak September tahun lalu.
Secara kesuluruhannya, sekitar S$167,000 hangus angkara kes penipuan tersebut.
Kebanyakan iklan barang makanan yang dipercayai palsu itu dimuat naik ke Facebook dan Instagram, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Rabu (17 Jan).
Mangsa skim penipuan sedemikian seringkali dibawa ke platform mesej di Facebook, Instagram atau WhatsApp selepas mereka menekan pautan yang disediakan dalam iklan tersebut, menurut polis.
Para mangsa kemudian diarahkan supaya memuat naik Kit Pakej Android (APK) untuk membuat tempahan barang makanan tersebut sebelum disuruh menyerahkan butiran perbankan untuk membuat bayaran penuh atau separuh.
Namun, tanpa diketahui, kit tersebut membolehkan para penipu untuk mengakses telefon bimbit mereka dan mencuri butiran perbankan dan kata kekunci.
Mangsa kemudiannya akan menyedari terdapat urus niaga yang dilakukan tanpa izin melalui akaun bank masing-masing.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
Orang ramai seharusnya bersikap berwaspada apabila memuat turun aplikasi daripada pihak ketiga atau laman yang mencurigakan.
Polis menasihatkan orang ramai supaya memuat turun aplikasi ScamShield bagi melindungi diri mereka daripada panggilan dan SMS penipuan.
Para pengguna harus juga memastikan aplikasi peranti serta sistem operasi mereka dikemas kini secara kerap agar dilindungi dengan kemas kini keselamatan terbaharu.
Mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes penipuan sedemikian boleh menghubungi polis di talian 1800-722-6688 atau menghantarnya secara online melalui pautan ini.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.