S$15.8 bilion 'dikunci' bank demi lindungi pelanggan SG daripada penipuan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: Feodora Chiosea/iStock
SINGAPURA: Para penduduk di Singapura telah 'mengunci' hampir S$15.8 bilion wang simpanan mereka daripada para penipu.
Ciri keselamatan ini ditawarkan oleh bank-bank di negara ini.
Jumlah itu, setakat akhir Oktober 2024, sudah meningkat 76 peratus berbanding S$9 bilion yang disimpan secara berasingan untuk perlindungan di bawah ciri "kunci wang" pada akhir Julai lalu.
Lebih 181,000 pelanggan telah menggunakan kaedah "kunci wang" setakat 31 Okt, kira-kira setahun selepas ia diperkenalkan, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Ciri ini, ditawarkan oleh tujuh bank utama, bagi mencegah wang simpanan itu dikeluarkan tanpa kebenaran pelanggan, sekalipun penipu mendapat akses digital ke akaun tersebut.
Buat masa ini, DBS, OCBC, UOB, Citibank, HSBC, Maybank dan Standard Chartered menawarkan ciri keselamatan ini, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
“Dengan ini, sebahagian besar pangkalan pelanggan bank di Singapura dapat menggunakan kaedah 'Money Lock' untuk jaminan yang lebih besar,” menurut seorang jurucakap.
"Bank-bank lain telah melancarkan atau sedang menawarkan kaedah Money Lock pada tahun akan datang."
Menurut MAS, para pelanggan yang berusia 30 hingga 49 tahun adalah golongan yang paling banyak menggunakan ciri itu, iaitu 43 peratus daripada kesemua pengguna.
Mereka yang berusia 50 tahun ke atas membentuk kumpulan terbesar seterusnya, iaitu 42 peratus, manakala mereka yang berumur bawah 30 tahun membentuk 15 peratus.
Pelanggan yang ingin mengeluarkan wang simpanan 'terkunci' itu hanya boleh berbuat demikian melalui mesin-mesin ATM tertentu, kata Encik Alex Goh, ketua pasukan penyiasat penipuan UOB.
Pada separuh pertama tahun ini, Singapura mengalami kerugian sekurang-kurangnya S$385.6 juta akibat penipuan, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF).
Ini satu peningkatan sekitar 25 peratus dari segi jumlah wang yang hilang, berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Penipuan pelaburan adalah yang paling kerap dilaporkan, sementara selebihnya melibatkan penipuan e-dagang dan penipuan membabitkan pekerjaan.
Daripada lebih 20,000 kes yang dilaporkan, 86 peratus melibatkan mangsa yang diperdayakan untuk memindahkan wang kepada para penipu.
Dalam laporannya, polis berkata MAS bekerjasama rapat dengan industri kewangan, polis dan agensi-agensi pemerintah yang lain dalam memerangi penipuan.

Sumber : CNA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.