Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S$156 juta diagih menerusi MediFund kepada 1.1 juta pemohon: MOH

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Nov 2024 07:37PM Dikemas Kini : 27 Nov 2024 12:29AM
SINGAPURA: Sebanyak S$156 juta diagihkan kepada rakyat Singapura yang memerlukan dari April 2023 hingga Mac tahun ini menerusi Dana Endowmen Perubatan (MediFund).

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), sekitar 1.1 juta permohonan diluluskan, kurang sedikit berbanding tahun sebelumnya.

MediFund menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang tidak mampu membayar baki bil perubatan mereka, selepas subsidi pemerintah dan setelah menggunakan MediShield Hayat dan MediSave.

S$118 juta disalurkan kepada pesakit di pelbagai institusi jagaan kesihatan awam, manakala baki S$37.9 juta pula diagihkan kepada pesakit di kemudahan jagaan bagi tempoh pertengahan dan panjang.
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan