Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S$132 juta diagih kepada lebih 40,000 perniagaan kecil paling terjejas oleh sekatan COVID-19

Lebih 40,000 perniagaan kecil yang terjejas oleh pandemik COVID-19 menerima sehingga S$10,000 setiap satu pada minggu lalu sebagai sebahagian daripada geran pemerintah untuk membantu mereka kembali bangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jun 2022 12:52PM Dikemas Kini : 27 Jun 2022 09:30PM
SINGAPURA: Lebih 40,000 perniagaan kecil yang terjejas oleh pandemik COVID-19 menerima sehingga S$10,000 setiap satu pada minggu lalu sebagai sebahagian daripada geran pemerintah untuk membantu mereka kembali bangkit.

Sebanyak S$132 juta diagihkan kepada perniagaan-perniagaan kecil dalam sektor-sektor yang paling terjejas oleh langkah-langkah pengurusan selamat tahun lalu melalui Geran Pemulihan Perniagaan Kecil (SBRG), menurut Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) dan Penguasa Hasil Mahsul dalam Negeri (IRAS) hari ini (27 Jun).

Ini termasuk syarikat-syarikat dalam sektor makanan dan minuman, runcit, pelancongan dan pelayanan.

Geran tersebut, yang menyediakan sokongan wang tunai sekali saja kepada perniagaan-perniagaan, diumumkan semasa Belanjawan 2022 sebagai sebahagian daripada S$500 juta yang diperuntukkan bagi Pakej Bantuan Pekerjaan dan Perniagaan.

MTI menyatakan perniagaan yang layak sudahpun menerima S$1,000 bagi setiap pekerja rakyat Singapura atau penduduk tetap dengan sumbangan Tabung Simpanan Pekerja dan bagi mereka yang diambil bekerja dari 1 November 2021 hingga 31 Disember 2021.

Ini dihadkan pada S$10,000 bagi setiap syarikat, menurut kementerian itu.

Perniagaan hak milik perseorangan dan kerjasama yang layak serta para penjaja, pemilik gerai pasar dan kedai kopi yang diberi lesen oleh Agensi Makanan Singapua juga menerima bayaran S$1,000 - walaupun mereka tidak mengambil sebarang pekerja semasa tempoh itu, jelas MTI.

Para pemilik perniagaan boleh memeriksa kelayakan mereka bagi SBRG di laman IRAS.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan