S$12,000 dikumpul Bapa Sepanjang Hayat bagi program sokongan bapa
Sekitar S$12,000 berjaya dikumpulkan dalam majlis makan malam anjuran Bapa Sepanjang Hayat (BSH) sempena sambutan Hari Bapa pada Sabtu (14 Jun).
Dana yang diperoleh akan digunakan untuk menyokong pelaksanaan pelbagai program dan kursus BSH bagi memperkasa peranan kaum bapa dalam masyarakat.
Acara yang berlangsung di De Hall, Tai Seng Centre itu turut menghargai sumbangan dan pengorbanan golongan bapa dalam keluarga dan masyarakat.
Selain menjamu selera, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada dua penyanyi legenda tanah air, Ramli Sarip dan Jatt Ali.
Majlis itu juga memberi anak-anak peluang untuk mengenali dan menghargai bapa mereka dalam suasana yang mesra dan bermakna.
"Yang unik kerana kita menjemput legenda-legenda kepada bapa-bapa ini sendiri dan kita mengharapkan pada anak-anak yang datang dapat mencontohi bapa mereka dan dapat lebih mengenali bapa mereka melalui muzik yang bapa-bapa mereka suka," kata anggota BSH Muhammad khair Sami’an kepada BERITAmediacorp.
Seramai 110 bapa hadir memeriahkan acara tersebut, termasuk termasuk Encik Abdul Jalil Yunus.
"Bagi saya amat mengalu-alukan untuk mengumpul dana dan memberi sokongan kepada bapa-bapa akan datang," menurut Encik Abdul Jalil.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.