S$100,000 lesap dari simpanan CPF pengguna Android dalam penipuan perisian hasad pada Jun
Anggaran Waktu Membaca:

Iklan di Facebook seperti ini menjadi titik permulaan penipu memancing data. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya S$99,800 lesap dari Tabung Simpanan Pekerja (CPF) beberapa pengguna peranti Android bulan ini menerusi penipuan melibatkan perisian hasad.
Menerusi satu kenyataan pada Sabtu (17 Jun), polis mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya dua laporan kes sebegitu pada bulan ini.
"Polis ingin mengingatkan mereka yang menggunakan peranti Android tentang kemunculan kes penipuan yang melibatkan perisian hasad di mana wang lesap dari akaun CPF mahupun akaun bank para mangsa," menurut polis.
Mengulas lebih lanjut, polis menyatakan para mangsa lazimnya akan mendapat iklan untuk barang dapur menerusi platform pesanan media sosial seperti Facebook.
Selepas berurusan dengan si penipu menerusi Facebook atau WhatsApp, para mangsa akan menerima pautan untuk memuat turun fail 'Android Package Kit' (APK) atau 'Kit Pakej Android' untuk membeli barang dapur lalu membuat bayaran.
APK merujuk kepada aplikasi yang dicipta bagi sistem operasi Android.
"Para mangsa tidak tahu bahawa aplikasi itu mengandungi perisian hasad yang membolehkan penipu mengakses peranti mereka dari jauh dan mencuri pelbagai kata laluan (termasuk kod pengesahan Singpass), yang disimpan dalam peranti," menurut polis.
"Penipu mungkin juga menghubungi mangsa untuk meminta kod pengesahan Singpass, kerana kononnya ingin membuka akaun pada aplikasi berkenaan."
Para mangsa seterusnya dibawa ke laman palsu bank untuk memasukkan butiran bank mereka dan melakukan pembayaran. Perisian hasad, dengan keupayaan 'keylogging' yang merekodkan ketukan kekunci pada papan peranti, akan merakam butiran para mangsa.
Semua butiran yang berjaya didapatkan selanjutnya digunakan untuk mengakses akaun CPF para mangsa di mana penipu akan membuat permohonan untuk mengeluarkan dana CPF menerusi kaedah PayNow.
"Sebaik sahaja dana CPF dimasukkan ke dalam akaun bank mangsa, penipu akan mengakses aplikasi perbankan mangsa dan memindahkan dana CPF itu, juga menerusi PayNow," jelas polis.
Mangsa hanya menyedari mereka ditipu setelah mendapat tahu tentang urus niaga yang tidak diluluskan, dalam akaun bank masing-masing.
"Polis ingin mengingatkan orang ramai tentang bahaya memuat turun aplikasi dari pihak ketiga atau laman-laman mencurigakan yang memudahkan perisian hasad berlaku dalam telefon bijak, komputer dan peranti-peranti teknologi maklumat dan perhubungan," menurut polis.
"Penipu akan memperdaya mangsa supaya memuat turun aplikasi yang mempunyai perisian hasad dari wadah selain 'app store'. Orang ramai (sekali lagi) dinasihati agar tidak memuat turun sebarang fail APK pada peranti mereka kerana ia mungkin mengandungi perisian hasad yang memancing data."
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melungsuri www.scamalert.sg atau menghubungi Talian Antipenipuan di 1800-722-6688.
Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kes penipuan juga boleh menghubungi talian polis 1800-255-0000 atau menyerahkannya secara online.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.