S$1 juta setahun diperlukan untuk khidmat bas ulang-alik percuma di Marine Parade; 20% dibiayai geran
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kos untuk mengendalikan khidmat bas ulang-alik percuma yang ditawarkan di Marine Parade adalah sekitar S$1 juta setahun. Daripada jumlah itu, 20 peratus dibiayai oleh geran sekali saja yang diberikan pemerintah.
Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Alvin Tan mendedahkan demikian ketika menjawab pertanyaan beberapa Anggota Parlimen (AP) pembangkang yang ingin tahu bagaimana projek perintis tersebut dibiayai dan sama ada tawaran khidmat eksklusif itu adil bagi penduduk daerah lain.
Khidmat bas ulang-alik itu mula beroperasi pada awal Julai. Para AP GRC Marine Parade berkata, projek perintis selama setahun itu bertujuan menyediakan akses lebih mudah bagi penduduk ke kemudahan seperti poliklinik, pasar dan stesen MRT.
"Program perintis bas ulang-alik ini berjumlah sekitar S$1 juta untuk dikendalikan setahun. Ia meliputi tujuh laluan bas ulang-alik, dikendalikan oleh tujuh bas," jelas Encik Tan.
"Ini adalah sekitar S$150,000 setiap divisyen bagi setiap laluan. CDC Tenggara menyokong projek perintis ini dengan geran sekali sahaja sebanyak S$200,000. Jumlah ini adalah hasil pemadanan geran yang pemerintah sediakan buat setiap CDC," jelasnya lagi.
Encik Tan menambah, semua CDC boleh memanfaatkan geran sedemikian bagi menyokong inisiatif masyarakat, seperti khidmat bas ulang-alik percuma yang ditawarkan di Marine Parade.
Ketua Pembangkang Pritam Singh kemudian bertanya sama ada khidmat yang disediakan itu akan ditawarkan di daerah lain memandangkan 25 peratus rakyat Singapura akan berusia 65 tahun dan ke atas menjelang 2030.
Menjawab pertanyaan Encik Singh, Encik Tan berkata, projek rintis itu akan disemak selepas setahun untuk melihat sama ada ia akan mendatangkan manfaat jika dilaksanakan di kawasan lain.
Encik Tan menambah, lebih 10,000 penduduk sudah mendaftar bagi khidmat berkenaan sejauh ini. Daripada jumlah itu, lebih 40 peratus berusia 65 tahun dan ke atas.
Sekitar 1,000 penduduk memanfaatkan khidmat tersebut setiap minggu.

Sumber : CNA/NY/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.