S'pura yakin dapat tingkatkan hasil makanan dalam 6 bulan hingga 2 tahun berikutnya, kata Menteri Masagos
Singapura yakin ia dapat meningkatkan lagi penghasilan makanannya dalam masa enam bulan hingga dua tahun akan datang.
SINGAPURA: Singapura yakin ia dapat meningkatkan lagi penghasilan makanannya dalam masa enam bulan hingga dua tahun akan datang.
Matlamatnya adalah menghasilkan sebanyak 30 peratus keperluan pemakanan tempatan sebelum 2030.
Menurut Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli, sebuah pasukan kerja berbilang agensi baru yang dipengerusikannya akan membantu para petani tempatan mengatasi sebarang halangan peraturan yang dihadapi mereka.
Mereka juga boleh meraih manfaat dengan geran bernilai S$30 juta yang baru.
Visi 30x30 diperkenalkan bagi menyahut cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi Singapura disebabkan perubahan iklim.
Namun, penularan COVID-19 yang tiba secara mengejut menyebabkan banyak negara menghadapi situasi serupa yang menjejas bekalan makanan ke Singapura.
Oleh demikian, kata Encik Masagos, kita harus bersedia dan pemerintah sedang memikirkan bagaimana untuk melindungi makanan lebih awal lagi.
"Kita harus membuat persiapan. Sekarang ini, memang 90 peratus daripada bekalan makanan kita dibekalkan oleh negara – negara lain dan kita telah membuat satu visi 30x30 kita akan membekalkan untuk diri kita sendiri dengan menanam sayuran, mengeluarkan hasil daripada telur dan juga ikan sebanyak 30 peratus daripada keperluan kita," kata Encik Masagos.
"Tetapi kerana keadaan COVID-19, kita akan melakukannya sekarang. Kita akan menggalakkan dan mendanakan perusahan – perusahan yang berpotensi yang mempunyai teknologi untuk menambah lagi keluaran bekalan makanan di Singapura," tambahnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.