Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura,Vietnam bincang cara bangkit lebih kukuh bersama daripada pandemik

Singapura dan Vietnam telah membincangkan cara-cara untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam menangani pandemik dan bangkit daripadanya lebih kukuh.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura,Vietnam bincang cara bangkit lebih kukuh bersama daripada pandemik

Dr Vivian Balakrishnan dan Encik Bui Thanh Son di Hanoi, Vietnam. (Gambar: Vivian Balakrishnan/Facebook)

Diterbitkan : 22 Jun 2021 08:33AM Dikemas Kini : 22 Jun 2021 08:38AM

HANOI: Singapura dan Vietnam telah membincangkan cara-cara untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam menangani pandemik dan bangkit daripadanya lebih kukuh.

Semasa pertemuan mereka di Hanoi pada Isnin (21 Jun), Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishan dan rakan sejawatannya di Vietnam, Bui Thanh Son juga membincangkan langkah-langkah untuk menyambung khidmat penerbangan antara kedua-dua negara dengan dengan selamat.

Mereka turut menekankan pentingnya kerjasama diluaskan dalam bidang-bidang seperti ekonomi digital, bandar bijak, pembangunan prasarana dan teknologi maklumat.

Di sebalik kesan COVID-19, hubungan perdagangan dan pelaburan kekal kukuh termasuk dalam pertukaran sumbangan bekalan perubatan dan memastikan rantaian bekalan serantau terus terbuka.

Sempena lawatan Dr Balakrishnan itu, satu perjanjian juga dimeterai bagi program lawatan sambil belajar dan program pendidikan eksekutif untuk para pegawai kanan parti komunis Vietnam antara tahun ini hingga 2023.

Semasa pertemuan mereka pula, Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc memberitahu Dr Balakrishnan, beliau puas hati dengan hubungan rapat antara kedua-dua negara selama ini.

Dr Balakrishnan pula berkata Vietnam dan Singapura adalah rakan strategik dan mempunyai hubungan yang dalam serta unik.

Menteri Luar itu juga bertemu Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh.
Mereka berkata hubungan perdagangan dan perniagaan dua hala yang semakin berkembang menjadi faktor penting dalam mengukuhkan hubungan yang terjalin.

Hari ini, Dr Balakrishnan akan berucap di Dialog Peringkat Tinggi Asia-Eropah.

Sumber : CNA/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan