Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, UK meterai perjanjian dagangan bebas

Singapura menandatangani satu perjanjian perdagangan bebas dengan Britain pada Khamis (10 Dis) yang akan "menyediakan kesinambungan dan ketetapan" bagi perniagaan-perniagaan di kedua-dua negara, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Chan Chun Sing.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, UK meterai perjanjian dagangan bebas

Encik Chan Chun Sing dan Setiausaha Negara Perdagangan Antarabangsa Britain Liz Truss, memeterai perjanjian itu dalam satu acara yang diadakan di sini. (Gambar: MTI)

Diterbitkan : 10 Dec 2020 02:55PM Dikemas Kini : 10 Dec 2020 02:57PM

SINGAPURA: Singapura menandatangani satu perjanjian perdagangan bebas dengan Britain pada Khamis (10 Dis) yang akan "menyediakan kesinambungan dan ketetapan" bagi perniagaan-perniagaan di kedua-dua negara, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Chan Chun Sing.

Encik Chan dan Setiausaha Negara Perdagangan Antarabangsa Britain Liz Truss, memeterai perjanjian itu dalam satu acara yang diadakan di sini.

UK dan Kesatuan Eropah kini berdepan kebuntuan dalam rundingan perjanjian dagangan pasca Brexit, lebih 10 bulan selepas UK meninggalkan perkumpulan itu.

Di bawah FTA UK-Singapura, syarikat-syarikat dari kedua-dua negara akan menikmati faedah sama yang mereka terima di bawah FTA EU-Singapura, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Faedah itu termasuk penghapusan tarif bagi perdagangan barangan dan lebih akses kepada khidmat-khidmat dan pasaran pemerolehan pemerintah. Terdapat juga pengurangan hambatan bukan berbentuk tarif termasuk dalam empat sektor utama: elektronik, kenderaan bermotor dan bahagian kenderaan, produk farmaseutikal dan alat perubatan serta penjanaan tenaga boleh diperbaharui.

"FTA UK-Singapura akan menyediakan syarikat-syarikat Singapura dan UK dengan kepastian dan kejelasan dalam aturan perdagangan antara kedua-dua negara," menurut MTI.

FTA itu akan meliputi dagangan dua hala bernilai lebih £17 billion (S$30 billion).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan