S'pura ucapkan maju jaya kepada China, harap hubungan 2 hala terus berkembang
Singapura mengucapkan kejayaan kepada China dalam setiap usaha pembaharuan dan pembukaan pasarannya di bawah kepimpinan Presiden Xi Jinping.
SINGAPURA: Singapura mengucapkan kejayaan kepada China dalam setiap usaha pembaharuan dan pembukaan pasarannya di bawah kepimpinan Presiden Xi Jinping.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong terus mengharapkan hubungan dua hala yang berkembang.
PM Lee berkata demikian sebagai respons kepada langkah China menganugerahkan mendiang Encik Lee Kuan Yew dengan pingat Persahabatan Pembaharuan China, awal bulan ini.
Anugerah tersebut mengiktiraf warga asing yang membantu China membuka pasarannya kepada dunia luar.
PM Lee mengimbas kembali pelibatan mendiang Encik Lee Kuan Yew dalam proses pembaharuan China yang bermula dengan pertemuan pertama Encik Lee dengan pemimpin China, Deng Xiaoping pada 1978.
Semasa pertemuan itu, Encik Lee, yang menjadi Perdana Menteri Singapura ketika itu, memberitahu Encik Deng, "tiada apa yang tidak boleh dilakukan China selain melakukannya dengan lebih baik lagi."
Ini merintis jalan bagi China menghantar satu rombongan penyelidik ke Singapura untuk bertukar-tukar pandangan tentang bagaimana negara-negara sudah berkembang.
Encik Lee juga yang mula-mula menyarankan pembinaan projek Taman Perusahaan Suzhou.
Hari ini terdapat tiga projek antara pemerintah Singapura dengan China, termasuk Bandar Ekonomi Tianjin dan Daya Usaha Chongqing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.