Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura ucap terima kasih, hargai kerja keras dan pengorbanan petugas barisan hadapan, pekerja khidmat penting, kata Masagos sempena Hari Buruh

Rakyat Singapura berterima kasih dan sangat menghargai para petugas barisan hadapan dan pekerja khidmat penting di merata Singapura atas kerja keras dan pengorbanan mereka dalam menjaga dan melindungi keselamatan negara.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rakyat Singapura berterima kasih dan sangat menghargai para petugas barisan hadapan dan pekerja khidmat penting di merata Singapura atas kerja keras dan pengorbanan mereka dalam menjaga dan melindungi keselamatan negara.

Dalam catatan Facebooknya sempena sambutan Hari Buruh pada Jumaat (1 Mei), Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli turut meluahkan penghargaannya kepada para pegawai penguat kuasa dan duta jarak selamat daripada hampir 50 agensi atas usaha mereka untuk terus memastikan peraturan jarak selamat dipatuhi di ruang-ruang awam di merata negara.

Menulis di Facebooknya hari ini, Encik Masagos berkata: "Kepada semua yang bekerja di barisan hadapan dan menyediakan khidmat penting di seluruh Singapura, kami amat menghargai pengorbanan dan kerja keras anda melindungi negara ini."

Dalam catatan yang sama, Encik Masagos menggesa orang ramai supaya terus memberikan kerjasama bagi memastikan sumbangan kolektif semua pihak itu bermanfaat.

"Semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 ini, mari kita lakukan perubahan positif setiap hari menerusi pilihan seharian kita. Seperti duduk di rumah, dan memakai pelitup apabila perlu keluar bagi urusan penting dan keluar seorang diri jika boleh.

"Mari kita meneruskan perjuangan kita untuk memutuskan lingkaran penularan COVID-19 dan bangkit lebih teguh bersama.

"Duduk di rumah, jaga diri anda dan keluarga. Selamat menyambut Hari Buruh!" tulis Encik Masagos sebelum mengakhiri catatannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan