Skip to main content

Singapura

S'pura tetapkan sasaran baru kurangkan penggunaan air jelang 2020

Penggunaan air di Singapura diharap dikurangkan lagi dengan satu sasaran baru ditetapkan: setiap anggota keluarga mengurangkan penggunaan air kepada 130 liter sehari menjelang 2030, berbanding sasaran 140 liter sehari yang ditetapkan pada 2015.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Oct 2018 10:39PM Dikemas Kini : 27 Oct 2018 10:48PM

SINGAPURA: Penggunaan air di Singapura diharap dikurangkan lagi dengan satu sasaran baru ditetapkan: setiap anggota keluarga mengurangkan penggunaan air kepada 130 liter sehari menjelang 2030, berbanding sasaran 140 liter sehari yang ditetapkan pada 2015.

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean mengumumkan sasaran baru itu hari ini (27 Okt) di acara sambutan ulang tahun ke-10 Bendungan Marina.

Secara purata setiap orang kini menggunakan sekitar 143 liter air sehari dan jumlah itu ingin dikurangkan menjadi 130 liter sehari dalam masa 12 tahun lagi.

DPM Teo berkata perubahan iklim dan kejadian seperti pencemaran minyak boleh mengancam bekalan air Singapura.

Lantaran itu, tambah Encik Teo, pemerintah sedang menambah pelaburan prasarana bagi meningkatkan aspek keselamatan air negara.

Ini termasuk pembinaan sebuah loji penyulingan air berhampiran Kolam Air Marina.

Loji penyulingan Marina East itu dijadualkan siap menjelang tahun 2020.

Ia boleh merawat air laut dan air tawar.

Namun rakyat juga, kata DPM Teo, perlu memainkan peranan untuk menjaga sumber air yang sudah ada di negara ini.

Bagi tujuan itu pemerintah sedang bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan untuk mendidik orang ramai mengenai tanggungjawab mereka terhadap sekitaran.

Sumber : CNA/SS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita