Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura terus berdepan ancaman serius pengganasan: MHA

Pengganasan terus menimbulkan ancaman serius kepada Singapura, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri pada Isnin (23 Sep) sambil menegaskan masyarakat tidak boleh mengambil ringan isu membabitkan keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura terus berdepan ancaman serius pengganasan: MHA

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 23 Sep 2019 09:25PM Dikemas Kini : 23 Sep 2019 09:28PM

SINGAPURA: Pengganasan terus menimbulkan ancaman serius kepada Singapura, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri pada Isnin (23 Sep) sambil menegaskan masyarakat tidak boleh mengambil ringan isu membabitkan keselamatan. Lantaran itu, MHA menggesa orang ramai agar berwaspada terhadap bahan-bahan radikal online dan melaporkan anggota keluarga atau rakan yang menunjukkan tanda radikal.

Menurutnya ideologi ganas kumpulan pengganas seperti ISIS dan Al Qaeda masih mudah diperolehi online dan propaganda sedemikian terus menarik penyokong tempatan dan asing di Singapura.

Pemerintah tambah kenyataan MHA itu memandang serius sebarang bentuk sokongan terhadap fahaman pengganasan dan radikal. Sedang warga asing dialu-alukan bekerja dan tinggal di Singapura, mereka juga harus mematuhi undang-undang negara ini dan memastikan kegiatan mereka tidak menjejas keselamatan Singapura.

Menurut MHA lagi, beberapa pembantu rumah asing telah dan masih terus menjadi radikal melalui pengaruh propaganda pelampau online. Golongan pekerja itu digalak mendapatkan nasihat agama daripada sumber-sumber sah dan bukan internet. Mereka juga harus berhati-hati apabila menyertai kumpulan sembang atau berkawan di internet.

MHA menambah kedua-dua kumpulan lelaki dan wanita sama-sama mudah terdedah kepada pengaruh radikal online dengan meningkatnya trend kaum wanita memainkan pelbagai peranan dalam pertubuhan pengganas. Ini termasuk merekrut anggota baru, menyebar propaganda dan bertindak sebagai penyerang nekad.

Tegas MHA lagi semua pihak dalam masyarakat juga perlu peka kepada tanda-tanda radikal seperti sikap mula memencilkan diri, perubahan pada pakaian, dan kerap membincangkan atau menerbitkan pos di Internet mengenai topik berkaitan pengganasan misalnya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan