S'pura teroka buka laluan pantas mudahkan perjalanan perniagaan, rasmi ke Sichuan
Singapura sedang meneroka untuk membuka laluan pantas bagi memudahkan perjalanan perniagaan dan rasmi ke wilayah Sichuan di barat daya China.
SINGAPURA: Singapura sedang meneroka untuk membuka laluan pantas bagi memudahkan perjalanan perniagaan dan rasmi ke wilayah Sichuan di barat daya China.
Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng berkata terdapat minat yang mendalam daripada masyarakat peniagaan kedua-dua negara untuk menyambung semula perjalanan.
Beliau berucap di luar Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Singapura-Sichuan yang ke-21.
Sebaik sahaja sekatan sempadan dilonggarkan, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) siap untuk menghantar syarikat-syarikat Singapura ke China.
Meskipun dibelenggu pandemik COVID-19, perdagangan antara Singapura dan Sichuan meningkat 21 peratus dari Januari hingga Ogos, mencapai lebih S$1.7 bilion berbanding tahun lalu.
Bagi merangsang lagi dagangan, 10 memorandum persafahaman dimeterai dalam bidang-bidang seperti pengangkutan dan logistik, inovasi dan perkhidmatan gaya hidup.
Salah satu projek itu akan dilancarkan bulan depan yang memadankan pengilang makanan di Singapura dengan pengedar di Sichuan dan barat China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.