S'pura sumbang 122,400 dos vaksin AstraZeneca kepada Indonesia
Singapura menghantar lebih 120,000 dos vaksin keluaran AstraZeneca ke Indonesia.
SINGAPURA: Singapura menyumbang lebih 120,000 dos vaksin keluaran AstraZeneca kepada Indonesia.
Bekalan vaksin itu akan membantu usaha vaksinasi yang dijalankan di Batam dan Kepulauan Riau.
Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, menyerahkan bekalan vaksin tersebut kepada Duta Besar Indonesia ke sini, Suryo Pratomo, petang tadi (28 Sep).
Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), pemberian vaksin itu adalah sebahagian daripada kerjasama antara Singapura dengan Indonesia bagi memerangi pandemik COVID-19.
Singapura sudahpun membuat beberapa kiriman bantuan perubatan ke Indonesia pada awal tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.