S'pura sudah capai lebih daripada dijangkakan sebagai pengerusi ASEAN
Menteri Luar Vivian Balakrishnan berkata sebagai Pengerusi ASEAN, Singapura sudah mencapai lebih banyak daripada apa yang dijangkakan.
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata sebagai Pengerusi ASEAN, Singapura sudah mencapai lebih banyak daripada apa yang dijangkakan.
Bercakap kepada media, menjelang sidang Puncak ASEAN ke-33, Dr Balakrishnan menyifatkan kejayaan ini hasil kerja keras semua agensi pemerintah, dan sokongan penuh serta penyertaan semua negara anggota ASEAN.
Sidang puncak ASEAN dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan bermula esok (12 Nov) menandakan "penutup bersejarah" bagi Singapura sebagai pengerusi blok serantau itu.
Apabila Singapura mengambil alih peranan sebagai Pengerusi ASEAN pada 2018, ia berhadapan dengan banyak cabaran global seperti dasar perlindungan yang meningkat, cabaran terhadap aturan dunia berasaskan peraturan berbilang hala, dan revolusi digital yang berterusan.
Menteri Luar Vivian Balakrishnan berkata rantau ini juga berdepan dengan bencana alam dan krisis kemanusiaan.
Walaupun demikian, Singapura katanya dapat menyampaikan matlamat, sejajar dengan tema yang ditetapkan iaitu untuk menjadi berdaya tahan dan inovatif.
"Hakikat bahawa kami dapat berbuat demikian bersama dengan rakan-rakan ASEAN menunjukkan bahawa selagi kami terus membangun kepercayaan strategik, keyakinan bersama, komunikasi yang konsisten, terbuka, kami dapat melakukan banyak bersama. Banyak projek dan inisiatif yang dilancarkan menunjukkan nilai itu," kata Dr Balakrishnan.
Di bawah kepimpinan Singapura sebagai Pengerusi, ASEAN mencapai satu draf teks perundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan. Ia diilihat sebagai langkah ke hadapan dalam menguruskan ketegangan di perairan yang dibahaskan.
Ia juga menggunakan garis panduan ketenteraan udara
dan rundingan lanjut mengenai Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau atau RCEP - perjanjian perdagangan yang ditetapkan untuk membentuk blok perdagangan terbesar di dunia.
Dr Balakrishnan berkata pencapaian ini menonjolkan sentimen ASEAN.
Sidang Puncak ASEAN akan menyaksikan para pemimpin dari 10 negara anggota ASEAN dan lapan rakan dialog termasuk India, Jepun dan China, membincangkan kerjasama serantau.
Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence akan hadir serta Presiden Rusia Vladimir Putih.
Thailand akan mengambil alih sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.