S'pura suarakan kebimbangannya kepada M'sia berhubung pencemaran di Sungai Johor
Singapura sudah menyatakan kebimbangannya kepada Malaysia berhubung insiden pencemaran yang sering berlaku di Sungai Johor.
SINGAPURA: Singapura sudah menyatakan kebimbangannya kepada Malaysia berhubung insiden pencemaran yang sering berlaku di Sungai Johor.
Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli memberitahu parlimen, Singapura akan terus berbincang dengan Malaysia mengenai perlunya mengambil langkah-langkah bagi mencegah insiden pencemaran pada masa depan.
Beliau juga mengatakan bahawa pemeriksaan-pemeriksaan ketat dijalankan terhadap mutu air tersebut.
"Kedua-dua pihak berkuasa Singapura dan Johor menjalankan pemeriksaan ketat ke atas mutu air. Bahkan selalunya pihak berkuasa Johor akan memberi amaran terlebih dahulu jika air tercemar, sama ada daripada bahan amonia ataupun punca-punca pencemaran lain, sebelum mereka memberitahu secara rasmi kepada kita kerana mereka di hulu sungai.
"Mereka perlu menutup dahulu loji air sebelum Singapura," menurut Encik Masagos kepada dewan parlimen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.