Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura suarakan kebimbangan mengenai penubuhan kawasan larangan melalui Pasir Gudang

Singapura mengutarakan kebimbangan mengenai langkah Malaysia menubuhkan sebuah kawasan larangan secara tetap bagi ruang udara Pasir Gudang berkuat kuasa 2 Jan. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Jan 2019 11:54PM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 09:53PM

SINGAPURA: Singapura mengutarakan kebimbangan mengenai langkah Malaysia menubuhkan sebuah kawasan larangan secara tetap bagi ruang udara Pasir Gudang berkuat kuasa 2 Jan. Demikian menurut Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT) pada Selasa (1 Jan).

Menurut MOT: "Pada 25 Dis, 2018, Penguasa Penerbangan Awam Malaysia menerbitkan satu Notis kepada Pegawai Udara (NOTAM). Menerusi NOTAM ini. Malaysia memaklumkan masyarakat penerbangan mengenai penubuhan kawasan larangan yang kekal bagi tujuan kegiatan tentera melalui Pasir Gudang berkuat kuasa 2 Jan, 2019."

Kawasan larangan tersebut yang merupakan "ruang udara yang dikawal dan sesak" akan menjejas operasi-operasi sedia ada dan normal bagi sebuah pesawat yang melakukan persinggahan, menurut MOT dalam satu respons kepada pertanyaan media.

"Kami sudah memaklumkan Malaysia mengenai kebimbangan kami berkenaan kesan negatif kawasan larangan tersebut terhadap penerbangan awam dengan Malaysia," menurut kementerian itu.

Ia menambah bahawa Singapura sudah menyarankan untuk bertemu dengan Malaysia bagi berbincang isu kawasan larangan tersebut.

Sebelum ini, Kementerian Ehwal Luar Singapura pada Selasa (1 Jan) juga mengumumkan bahawa para menteri luar dari kedua-dua negara akan bertemu pada 8 Jan bagi membincangkan pertikaian ruang udara dan maritim.

Malaysia sudah menyatakan bahawa pihaknya mahu mengambil balik "ruang udara yang diwakilkan" di selatan Johor, dan membantah penerbitan Singapura berhubung Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) bagi Lapangan Terbang Seletar.

Bulan lalu, Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke mengatakan bahawa pesawat perlu "terbang pada tahap amat rendah" melalui Pasir Gudang apabila mahu mendarat di Lapangan Terbang Seletar.

"Kami tidak boleh membina bangunan-bangunan tinggi di Pasir Gudang," beritahunya kepada media, melahirkan kebimbangan bahawa ILS boleh menangguhkan pembangunan bandar dan menjejas operasi-operasi perkapalan di pelabuhannya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan