S'pura sokong usaha mesra alam firma perusahaan demi bina masa depan lebih mampan
Singapura akan menyokong usaha menghijau pihak perniagaan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk membina masa depan lebih mampan.
SINGAPURA: Singapura akan menyokong usaha menghijau pihak perniagaan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk membina masa depan lebih mampan.
Menteri Negara Kemampanan dan Sekitaran Desmond Tan berkata demikian semasa dialog EU-Singapura mengenai perubahan iklim.
Beliau membentangkan rancangan pemulihan daripada COVID-19 yang memenuhi objektif ekonomi dan iklim yang akan membolehkan negara muncul lebih teguh pasca pandemik.
Ini termasuk rancangan jangka panjang untuk menyokong pengeluaran gas karbon, meraih peluang untuk menghijau serta melabur kepada huraian pengeluaran asap yang rendah.
Encik Tan berkata Singapura juga mengalu-alukan peluang bekerjasama dengan syarikat Eropah untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan berkaitan kemampanan.
Ia sedang melihat dalam bidang-bidang seperti prasarana, tenaga diperbaharui dan kewangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.