Skip to main content

Singapura

S'pura sokong huraian aman termasuk konflik Israel-Palestin, kata Dr Maliki

Singapura katanya menyokong huraian pertikaian menerusi cara aman termasuk konflik Israel-Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Mar 2018 12:19AM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 01:00AM

SINGAPURA: Semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan Kementerian Luar, Menteri Negara Kanan bagi Ehwal Luar, merangkap Pertahanan, Dr Maliki Osman berkata,Singapura sudah mengekalkan dasar yang konsisten lagi berprinsip untuk menegakkan undang-undang antarabangsa.

Singapura katanya menyokong huraian pertikaian menerusi cara aman termasuk konflik Israel-Palestin.

"Singapura mempunyai ikatan yang baik dengan kedua-dua pihak Israel dan Palestin. Kami telah menyeru kedua-dua pihak untuk menyambung kembali perundingan dua-hala secara langsung. Maka itu, di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini, Singapura telah mengundi menyokong resolusi PBB yang menolak sebarang keputusan atau tindakan yang boleh merubah sifat atau character dan status Baitulmakdis," kata Dr Maliki.

Ini sejajar dengan keputusan Singapura mengundi resolusi yang serupa pada tahun 1982 yang menolak pemindahan sebarang pejabat kedutaan ke Baitulmakdis.  

Sumber : CNA/RL/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita