Skip to main content

Singapura

S'pura, Shenzhen meterai 4 perjanjian luaskan kerjasama ekonomi digital

Satu lagi set Inisiatif Bandar Bijak dibentangkan, bertujuan meningkatkan keterhubungan dan pembayaran antara perniagaan dengan penduduk rentas sempadan.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Shenzhen meterai 4 perjanjian luaskan kerjasama ekonomi digital
Diterbitkan : 18 Oct 2021 04:31PM Dikemas Kini : 18 Oct 2021 04:46PM

SINGAPURA: Satu lagi set Inisiatif Bandar Bijak dibentangkan, bertujuan meningkatkan keterhubungan dan pembayaran antara perniagaan dengan penduduk rentas sempadan.

Singapura dan bandar Shenzhen di China memeterai empat lagi perjanjian untuk meluaskan kerjasama ekonomi digital.

Memorandum Persefahaman (MOU) itu akan memberi tumpuan kepada kelebihan kedua-dua pihak dalam teknologi dan penggubalan dasar.

Antaranya adalah rangkaian invois elektronik yang akan melancarkan urus niaga.

Perniagaan juga boleh menjangkakan kerjasama dalam perihal 'internet of things', huraian 'blockchain' dan pembangunan robotik.

Sembilan perjanjian sudah dimeterai di bawah inisiatif berkenaan sejak Jun tahun lalu. 

Sumber : CNA/RU/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita