S'pura, Shanghai perdalam kerjasama dalam inovasi, khidmat kewangan
Singapura dan Shanghai berikrar untuk mengukuhkan ketersambungan dalam bidang-bidang seperti inovasi dan khidmat kewangan.
SINGAPURA: Singapura dan Shanghai berikrar untuk mengukuhkan ketersambungan dalam bidang-bidang seperti inovasi dan khidmat kewangan.
10 Memorandum Persefahaman ditandatangani di Majlis Kerjasama Menyeluruh Singapura-Shanghai.
Bidang-bidang kerjasama termasuk pertukaran bakat dalam sektor maritim, memudahkan akses pelabur di kedua-dua pasaran dan membangun produk-produk kewangan baru.
Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong berkata kerjasama baru itu dibina atas strategi China untuk memajukan Zon Dagangan Bebas Shanghai dan kawasan Muara Sungai Yangtze.
Encik Wong menambah, kedua-dua bandar juga sedang berusaha untuk menyambung semula lebih banyak perjalanan dengan memudahkan prosedur di bawah aturan Laluan Pantas sedia ada.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.