Skip to main content

Singapura

S'pura, Shandong meterai 5 MOU; kukuhkan hubungan ekonomi dua hala

Singapura dan Shandong mahu mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dua hala.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Shandong meterai 5 MOU; kukuhkan hubungan ekonomi dua hala

(Gambar: Enterprise Singapore)

Diterbitkan : 13 Nov 2020 05:14PM Dikemas Kini : 13 Nov 2020 05:36PM

SINGAPURA: Singapura dan Shandong mahu mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dua hala.

Bagi tujuan itu, kedua-dua pihak memeterai lima memorandum persefahaman dalam bidang seperti pembangunan pendidikan kejuruan dan pembinaan bandar.

Ia susulan dagangan yang meningkat antara Singapura dan Shandong di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Dagangan dua hala berkembang lebih 117 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, mencecah S$4.86 bilion dari Januari hingga September.

Shandong juga adalah destinasi pelaburan kelima terbesar Singapura di China.

Berucap di mesyuarat Majlis Perniagaan Singapura-Shandong yang ke-22, hari ini (13 Nov)Menteri Negara Kanan Ehwal Luar Chee Hong Tat berkata kerjasama dua hala akan terus diperkukuh dalam bidang seperti keterhubungan, kemampanan dan khidmat moden.

Meskipun tahun ini sukar bagi Singapura dan Shandong, krisis COVID-19 kata beliau menunjukkan daya tahan kerjasama dua hala dan memberi keyakinan bahawa kedua-dua pihak dapat mengharunginya bersama dan terus memperkukuh kerjasama saling menguntungkan.

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita