Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura & Shandong meterai 5 MoU dalam bidang pembangunan mampan, pengilangan

Singapura dan bandar Shandong, China meningkatkan kerjasama dalam bidang seperti pembangunan dan pengilangan mampan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura dan bandar Shandong, China meningkatkan kerjasama dalam bidang seperti pembangunan dan pengilangan mampan.

Lima Memorandum Persefahaman dimeterai sempena mesyuarat Majlis Perniagaan Singapura-Shandong ke-23.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan Chee Hong Tat berkata kerjasama itu boleh diperhebat lagi dengan mengukuhkan rantaian bekalan.

Beliau juga menambah Singapura bersedia untuk menyokong syarikat-syarikat Shandong menyerantau ke peringkat antarabangsa dengan memanfaatkan Singapura sebagai hab serantau dan rangkaian perkhidmatan profesional.

Encik Chee berkata kedua-dua pihak turut boleh mengukuhkan kerjasama dalam inisiatif mesra alam.

Sumber : CNA/NU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan