Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura sertai 130 negara meterai ikrar tamatkan penebangan hutan jelang 2030

Singapura pada Jumaat (12 Nov)menyertai lebih 130 negara lain dalam menandatangani ikrar untuk menamatkan penebangan hutan menjelang 2030 sedang sidang COP26 melabuhkan tirainya.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sertai 130 negara meterai ikrar tamatkan penebangan hutan jelang 2030

Kemusnahan hutan Amazon di Brazil pada skala besar-besaran (Gambar fail: AFP)

SINGAPURA: Singapura pada Jumaat (12 Nov)menyertai lebih 130 negara lain dalam menandatangani ikrar untuk menamatkan penebangan hutan menjelang 2030 sedang sidang COP26 melabuhkan tirainya.

Perisytiharan Pemimpin Glasgow bagi Kegunaan Hutan dan Tanah bertujuan untuk menghentikan serta memulihkan kehilangan hutan dan kemusnahan tanah.

Kementerian Pembangunan Negara (MND) menekankan Singapura berdiri teguh dengan masyarakat antarabangsa dalam mengambil tindakan iklim global bagi pembangunan bandar yang mampan dan melindungi kepelbagaian bio.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata negara ini berdepan dengan pelbagai permintaan yang saling bersaing bagi ruang tanah yang terhad.

Namun pihak berkuasa akan terus membangunkan bandar dengan cara yang mampan sambil memulihara alam sekitar.

MND menambah tapak-tapak hutan tertentu perlu dibangunkan demi memenuhi keperluan negara.

Ada sebahagiannya sebelum ini digunakan bagi tujuan perumahan, pertanian dan perusahaan, kemudian dikosongkan dan ditumbuhi tumbuhan semula.

Kementerian itu menambah pihaknya mengimbangi dengan berhati-hati antara pembangunan dengan pemuliharaan, dan mengambil pendekatan berpaksikan sains dalam mengenal pasti nilai ekologi setiap tapak.

Perjanjian Glasgow itu merangkumi leibh 90 peratus hutan dunia, termasuk di Brazil, Rusia dan China.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan