Skip to main content

Singapura

S'pura serahkan laporan pertama konvensyen PBB hapus diskriminasi kaum

Singapura sudah menyerahkan laporan pertama kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai satu perjanjian antarabangsa yang mengutuk diskriminasi kaum. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura serahkan laporan pertama konvensyen PBB hapus diskriminasi kaum

Kanak-kanak semasa sambutan Hari Keharmonian Kaum. (Gambar fail: MOE)

Diterbitkan : 27 Dec 2018 08:10PM Dikemas Kini : 27 Dec 2018 08:19PM

SINGAPURA: Singapura sudah menyerahkan laporan pertama kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai satu perjanjian antarabangsa yang mengutuk diskriminasi kaum. 

Dalam laporan itu, Singapura menggariskan beberapa langkah yang sedang dilakukannya untuk menghentikan diskriminasi sedemikian di negara ini.

Laporan itu adalah syarat yang perlu dipenuhi oleh semua negara yang menyertai Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Singapura menandantanginya pada Oktober 2015 dan mengesahkannya pada November 2017.

Dalam laporannya, Singapura menggariskan enam bidang utama yang sedang diusahakannya bagi menamatkan diskriminasi kaum.

Antaranya adalah menegakkan prinsip-prinsip utama kesamaan dan meritokrasi; memastikan kepentingan minoriti diwakili dan disokong; memupuk norma-norma yang dikongsi bersama; saling menghormati dan sokongan untuk kepelbagaian kaum dan agama melalui pendidikan; serta bekerjasama dengan masyarakat untuk meningkatkan keharmonian kaum dan agama.

Dalam menyiapkan laporan itu, pemerintah sudahpun berunding dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk para belia, ahli akademik, pemimpin agama dan masyarakat serta pertubuhan masyarakat. 

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita