Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Seoul meterai beberapa perjanjian semasa lawatan Presiden Moon Jae-in

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in tiba di Singapura hari ini (11 Jul) bagi lawatan rasmi tiga hari sehingga Sabtu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jul 2018 08:59PM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 09:11PM

SINGAPURA: Presiden Korea Selatan Moon Jae-in tiba di Singapura hari ini (11 Jul) bagi lawatan rasmi tiga hari sehingga Sabtu ini.

Presiden Moon ditemani isterinya, Cik Kim Jung-sook, para menteri dan pegawai kanan Seoul. Beliau akan bertemu dengan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana esok (12 Jul).

Semasa lawatannya ke negara ini, Presiden Moon dan PM Lee akan menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang pelaburan, sekitaran dan perniagaan dalam kelompok syarikat kecil dan sederhana serta syarikat pemula.

Presiden Moon dan Cik Kim juga akan melawat ke Kebun Bunga di mana nama mereka akan diabadikan pada sejenis bunga orkid.

Pada Jumaat pula (13 Jul), Presiden Moon akan menyampaikan Ceramah Singapura ke-42 bertajuk "ROK dan ASEAN: Rakan Capai Kedamaian dan Kemakmuran bersama di Asia Timur".  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan