Skip to main content

Singapura

S'pura sedia hulur bantuan kepada mangsa ribut Usman di Filipina

Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan mengutus surat takziah kepada Setiausaha Ehwal Luar Filipina Teodoro L. Locsin Jr, menyusuli bencana Ribut Usman, yang melanda negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sedia hulur bantuan kepada mangsa ribut Usman di Filipina

Ribut Usman melanda Filipina pada 29 Dis. (Gambar: Simvale Sayat/AFP)

Diterbitkan : 04 Jan 2019 08:13PM Dikemas Kini : 04 Jan 2019 10:07PM

SINGAPURA: Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan mengutus surat takziah kepada Setiausaha Ehwal Luar Filipina Teodoro L. Locsin Jr, menyusuli bencana Ribut Usman, yang melanda negara itu.

Dalam suratnya, Dr Balakrishnan menyampaikan hasrat Singapura untuk memberikan bantuan kecemasan jika diperlukan.

Beliau menyampaikan rasa dukacitanya atas kehilangan nyawa dan kesukaran yang dialami akibat bencana yang melanda Filipina pada 29 Disember lalu.

Beliau juga sedih kerana ramai keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan kehidupan mereka terjejas.

Singapura menurut beliau, bersedia menghulurkan bantuan kecemasan bagi meringankan penderitaan para mangsa menghadapi masa-masa sukar ini.  

Sumber : CNA/SS/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita