Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura sedang teliti bila pelepasan sifar bersih boleh dikecapi, kata Lawrence Wong

Singapura sedang mengkaji dengan teliti bila ia boleh mencapai sasaran pelepasan sifar bersih.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sedang teliti bila pelepasan sifar bersih boleh dikecapi, kata Lawrence Wong

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 09 Dec 2021 10:27PM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 10:28PM

SINGAPURA: Singapura sedang mengkaji dengan teliti bila ia boleh mencapai sasaran pelepasan sifar bersih.

Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata negara ini belum lagi menetapkan tarikh sasaran kerana ia ingin memastikan bahawa ia boleh dicapai.

Encik Wong berkata sedemikian di sebuah acara kemampanan.

Beliau menjawab soalan tentang sama ada wajarkah pemerintah menetapkan sasaran kemampanan yang tidak akan dicapai, memandangkan para pemimpinnya mungkin tidak lagi ada dalam masa 30 atau 40 tahun akan datang.

"Anda tidak boleh lambaikan tongkat sakti lalu katakan, baiklah, sifar bersih 2050, dan konon-konon jadikannya sebagai sasaran kerana tiada sesiapa yang akan pertanggungjawabkan anda ke atasnya. Dan saya katakan ini kerana semua orang sedang lakukannya.

"Itu bukan cara Singapura. Kami belum lagi menetapkan sasaran sifar bersih untuk Singapura khususnya kerana kami ingin memastikan bahawa apabila kami menetapkan sasaran itu dan tahun yang akan kami lakukannya, kami akan mengecapinya. Dan kami akan pastikan bahawa kesemua dasar-dasar yang kita ada, sama ada ia cukai karbon, sama ada ia menyahkarbon bekalan tenaga kami, kesemuanya sejajar dengan sasaran itu."

Encik Wong juga menyentuh tentang cabaran menjadi sebuah masyarakat lebih adil dan inklusif.

Menurutnya, Singapura harus kekal terbuka kepada idea dan membuat penyesuaian dasar sewajarnya.

Pemerintah pula akan memenuhi perubahan itu dengan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi tiga pihak.

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa