Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura sasar kurangkan separuh pengeluaran gas rumah hijau menjelang 2050

Dalam usaha menangani perubahan iklim, Singapura mahu mengurangkan sebanyak separuh pengeluaran gas rumah hijau menjelang 2050, dengan harapan untuk mencapai pelepasan sifar menjelang separuh kedua abad ini.  

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Feb 2020 08:25PM Dikemas Kini : 28 Feb 2020 10:29PM

SINGAPURA: Dalam usaha menangani perubahan iklim, Singapura mahu mengurangkan sebanyak separuh pengeluaran gas rumah hijau menjelang 2050, dengan harapan untuk mencapai pelepasan sifar menjelang separuh kedua abad ini.

Bercakap di Parlimen pada Jumaat (28 Feb), Pengerusi Jawatankuasa Antara Kementerian bagi Perubahan Iklim Teo Chee Hean berkata sasaran tersebut akan dihantar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu lewat tahun ini.

Singapura juga komited untuk mencapai sasaran 65 juta tan karbon dioksida menjelang 2030 di bawah Perjanjian Paris.

Singapura akan mencapainya dengan merubah cara industri, ekonomi serta masyarakat beroperasi dengan melaksanakan penggunaan panel suria.

Ia juga akan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi menubuhkan pasaran karbon serta grid tenaga serantau.

Dalam Rapat Hari Kebangsaan tahun lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata S$100 bilion atau lebih diperlukan buat lebih 100 tahun untuk melindungi Singapura daripada kenaikan paras air laut. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan