S'pura rundingkan kemungkinan jadi pengedar serantau vaksin COVID-19
Singapura sedang berunding dengan pembekal-pembekal utama vaksin COVID-19 mengenai kemungkinan memainkan peranannya sebagai pengedar serantau.
SINGAPURA: Singapura sedang berunding dengan pembekal-pembekal utama vaksin COVID-19 mengenai kemungkinan memainkan peranannya sebagai pengedar serantau.
Ia juga bersedia membantu dalam peringkat pembungkusan bagi pengeluaran vaksin.
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata demikian semasa melawat ke Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR).
Kenyataan itu dibuat seminggu selepas Pemerintah mengumumkan bahawa Singapura sudah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech di Singapura, dengan penghantaran pertama dijangkakan bulan ini.
Encik Chan Chun Sing mengulas mengenai kemampuan Singapura memainkan peranan dalam pengeluaran vaksin di peringkat global.
"Kita akan dapat memanfaatkan rangkaian logistik global untuk memainkan peranan dalam pengeluaran vaksin di peringkat global, terutama sekali di rantau ini.
"Minggu lalu semasa saya melawat FedEx, saya mendapat pengetahuan tentang skala operasi logistik yang diperlukan, kemampuan yang diperlukan, dan kita yakin kita mempunyai kemampuannya di Singapura, bukan hanya untuk membawa masuk vaksin ke Singapura, tetapi juga jika perlu, untuk membantu mengedarkan vaksin ke rantau ini, dengan menggunakan keupayaan yang kita bina selama ini," ujar Encik Chan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.