Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura rangka keperluan data mudah alih dalam proses kemas kini PDPA

Tidak lama lagi, proses beralih dari satu penyedia khidmat kepada yang lain mungkin akan menjadi lebih mudah bila para pelanggan tidak lagi perlu memberikan semula semua data peribadi mereka kepada penyedia baru yang dipilih.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura rangka keperluan data mudah alih dalam proses kemas kini PDPA

Gambar fail Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran menyampaikan ucapan di Seminar Perlindungan Data Peribadi.

Diterbitkan : 26 Feb 2019 12:38AM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 12:41AM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, proses beralih dari satu penyedia khidmat kepada yang lain mungkin akan menjadi lebih mudah bila para pelanggan tidak lagi perlu memberikan semula semua data peribadi mereka kepada penyedia baru yang dipilih.

Pemerintah merancang untuk menyertakan syarat data mudah alih di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) yang sedang dinilai semula.

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran mengumumkannya di Barcelona hari ini (25 Feb) dalam satu acara tahunan industri mudah alih.

"Ia membolehkan pengguna untuk menjaga data peribadi dengan lebih baik. Pengguna hanya perlu membuat permohonan kepada penyedia khidmat untuk memindahkan data peribadinya kepada penyedia khidmat baru yang dipilih," kata Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi Encik Yeong Zee Kin.

Berkaitan jenis-jenis data, Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi menyatakan ia sedang menimbangkan data peribadi daripada para pengguna dan data yang dimuat naik mereka sepanjang mendapatkan khidmat penyedia.

Langkah itu juga dijangka mewujudkan persaingan yang adil di kalangan pengusaha.

Syarikat-syarikat kecil kini dapat menembusi pasaran dengan lebih mudah kerana dapat meneliti data pengguna sedia ada.

Dengan data tersebut, syarikat-syarikat juga dijangka mampu menjalankan inovasi dan menghasilkan produk-produk baru bagi memenuhi keperluan para pengguna dengan lebih baik.

Sebagai permulaan, satu kertas perbincangan dikeluarkan bagi mengkaji bagaimana kaedah itu boleh dilaksanakan di negara ini.

Ia dibuka bagi rundingan awam dan menyertakan sektor awam.

Seorang pakar perundangan mengatakan bahawa semua proses perlu telus bagi memastikan data mudah alih dapat dilaksanakan secara berkesan.

"Pihak yang mengawal data perlu memastikan bahawa pelanggan berasa selesa dan tahu akan pelbagai kemungkinan serta senario data digunakan. Pengumpul data perlu menguruskan dan mengawal proses pemindahan data dari peringkat awal - menyatakan tujuannya dengan terperinci hinggalah ketika data akhirnya disimpan dan digunakan," kata peguam Wun Rizwi.

Satu konsep global baru, data mudah alih dilaksanakan Kesatuan Eropah pada Mei 2018. Australia akan mengikuti jejak itu mulai Julai sementara Jepun masih lagi mengkaji pelaksanaannya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan