Skip to main content

Singapura

S'pura rancang luaskan ruang kehijauan dalam 10-15 tahun akan datang

Sektor kehijauan dan landskap dijangka menjalani pelan 10 tahun untuk mengembangkan lagi industri tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura rancang luaskan ruang kehijauan dalam 10-15 tahun akan datang
Diterbitkan : 04 May 2019 06:07PM Dikemas Kini : 04 May 2019 08:02PM

SINGAPURA: Sektor kehijauan dan landskap dijangka menjalani pelan 10 tahun untuk mengembangkan lagi industri tersebut.

Ini sedang Singapura merancang untuk meluaskan ruang-ruang kehijauan dengan sebanyak 1,000 hektar dalam 10 hingga 15 tahun akan datang.

Penggunaan teknologi seperti dron membantu para pelajar ITE seperti Abu Baker dalam pengajian pengurusan landskap.

"Apa yang kami pelajari amat berguna setelah kami lulus ITE. Penggunaan alat-alat berteknologi tinggi menolong kami memeriksa keadaan dan kesihatan pokok-pokok," menurut Abu Baker.

Bidang teknologi maju disertakan dalam kurikulum ITE di bawah MOU yang dimeterai dengan NParks bagi merancakkan lagi sektor tersebut dengan tenaga muda mahir.

Bagi menyediakan lebih banyak latihan praktikal, para pelajar juga akan menguruskan Taman Bedok Town mulai Julai ini.

350 pelajar akan dilatih setiap tahun bermula 2022.

Para pekerja yang sedia ada dalam industri itu juga berpeluang mengambil kursus-kursus peningkatan, sedang bidang kerja dalam industri landskap bertambah rumit.

Adalah diharapkan dengan pelan pembangunan itu, hasil pendapatan dan daya penghasilan akan berkembang 30 peratus dalam 10 tahun akan datang.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita