Skip to main content

Singapura

S'pura perlu undang-undang untuk tangani campur tangan asing dalam urusan domestik: Shanmugam

 Undang-undang baru untuk menangani ancaman campur tangan asing di Singapura perlu dikuatkuasakan bagi melindungi kedaulatan dan meningkatkan keselamatan negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Sep 2019 08:44PM Dikemas Kini : 25 Sep 2019 09:08PM

SINGAPURA: Undang-undang baru untuk menangani ancaman campur tangan asing di Singapura perlu dikuatkuasakan bagi melindungi kedaulatan dan meningkatkan keselamatan negara.

Berucap di satu persidangan hari ini (25 Sep), Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam menarik perhatian bagaimana internet adalah ancaman hebat sebagai kaedah untuk kempen sedemikian yang menjadi lebih canggih.

Encik Shanmugam menyentuh tentang beberapa percubaan baru "untuk menggabungkan pendekatan wadah talian dan luar talian dalam campur tangan asing di Singapura.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada para aktivis politik Singapura, Kirsten Han dan Thum Ping Tjin, yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad pada Ogos tahun lalu.

Kedua-dua aktivis itu menggesa Dr Mahathir supaya mengembalikan demokrasi ke Singapura dan negara-negara lain.

Encik Shanmugam juga menarik perhatian kepada laman berita online, The Online Citizen, yang menggajikan warga asing termasuk warga Malaysia untuk menulis rencana yang 'hampir semuanya berunsur negatif' terhadap isu-isu sosial dan politik di Singapura.

Dalam ucapannya, Menteri itu turut menekankan pentingnya perundangan di Singapura.

Beliau berkata, setiap negara mempunyai "hak kedaulatan" untuk memutuskan bagaimana ia melindungi kepentingan keselamatan negara masing-masing.

"Gabungan kempen-kempen maklumat online yang menimbulkan permusuhan atau apa yang dipanggil HIC, dengan kegiatan-kegiatan bukan offline seperti media terkawal asing, wadah atau anasir-anasir berpengaruh, NGO, serta kumpulan-kumpulan rakyat yang menyemarakkan isu secara sengaja atau tidak sedar.

Semua ini, digabungkan adalah amat merbahaya dan amat kuat pengaruhnya," menurut Encik Shanmugam.

Encik Shanmugam menambah, undang-undang baru untuk menangani campur tangan asing mesti termasuk campur tangan yang menetapkan sasaran dan membolehkan siasatan dan respon segera.

Pemerintah katanya mesti mempunyai kuasa untuk mengumpul maklumat seperti sumber kandungan.

Pemerintah juga mesti menimbangkan untuk membataskan kepimpinan asing
dalam pertubuhan-pertubuhan tertentu yang terlibat dalam landskap politik Singapura. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita