S'pura perlu terus lakar rancangan jangka panjang untuk tarik pelaburan, bakat: Chan Chun Sing
Singapura perlu memikirkan dan membuat perancangan jangka panjang walaupun ia sedang melawan pandemik COVID-19 agar negara ini dapat terus menarik pelaburan dan bakat.
Encik Chan Chun Sing semasa Seminar Masyarakat PA pada 10 Okt 2020 (Gambar: Facebook/Chan Chun Sing)
SINGAPURA: Singapura perlu memikirkan dan membuat perancangan jangka panjang walaupun ia sedang melawan pandemik COVID-19 agar negara ini dapat terus menarik pelaburan dan bakat.
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata pada Sabtu (10 Okt) bahawa ini akan mewujudkan pekerjaan lebih baik bagi rakyat Singapura.
Mesej tersebut disampaikan di tengah-tengah keadaan kehilangan pekerjaan dan perniagaan mengalami kerugian akibat pandemik itu.
"Ada banyak peluang bagi kita melakukan perkara yang betul dan meyakinkan orang ramai agar menyertai rangkaian kita. Jika kita boleh melakukannya, daripada sebuah krisis segenerasi, kita dapat merebut peluang segenerasi untuk menjadikan Singapura lebih kukuh dan masa depan lebih baik bagi semua," kata Encik Chan yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Rakyat (PA), kepada 1,500 pemimpin akar umbi dan masyarakat dalam satu seminar maya.
Beliau berkata PA perlu mengimbangi semula kerjanya, menyusun semula operasi dan mengatur semula sumbernya untuk tempoh enam hingga 12 bulan akan datang sebagai respons kepada pandemik COVID-19.
Namun Encik Chan berkata peranan PA dalam membina masyarakat bersatu dan memenuhi keperluan rakyat tidak akan berubah.
Ia termasuk mengagihkan pelitup serta makanan dan dana bantuan sementara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.