Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perlu terus kukuhkan ikatan sosial, berwaspada cegah serangan pengganas: PM Lee

Sedang Singapura memperingati genap 20 tahun pembongkaran rancangan serangan pengganas kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, negara ini perlu mengukuhkan ikatan sosial serta terus berwaspada sebagai sebuah masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Dec 2021 10:37PM Dikemas Kini : 05 Dec 2021 10:39PM

SINGAPURA: Sedang Singapura memperingati genap 20 tahun pembongkaran rancangan serangan pengganas kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, negara ini perlu mengukuhkan ikatan sosial serta terus berwaspada sebagai sebuah masyarakat.

Ia bagi memastikan Singapura terus selamat serta menggagalkan serangan pada masa depan.

PM Lee berkata di Facebook pada Ahad (5 Dis), jika serangan oleh JI itu berlaku, keharmonian dan perpaduan sosial di negara ini yang dibina dengan susah payah selama bertahun-tahun pasti terjejas teruk.

Mujur, operasi yang dilakukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) serta kewaspadaan dan bantuan daripada masyarakat telah berjaya melumpuhkan jaringan JI di sini.

Selepas 20 tahun peristiwa itu berlalu, ISD serta pelbagai agensi keselamatan yang lain masih bersiap sedia untuk membanteras ancaman pengganasan yang berubah-ubah.  

Sumber : CNA/IQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan