Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perlu rancang, manfaatkan inovasi bagi tangani cabaran baru sekitaran

Singapura mungkin menikmati persekitaran yang bersih dan menghijau namun negara ini juga menghadapi cabaran sekitaran baru yang perlu ditangani menerusi inovasi dan perancangan masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura perlu rancang, manfaatkan inovasi bagi tangani cabaran baru sekitaran

Encik Masagos berucap di mesyuarat ramalan persekitaran global pagi tadi (19 Feb).

Diterbitkan : 19 Feb 2018 04:09PM Dikemas Kini : 19 Feb 2018 04:14PM

SINGAPURA: Singapura mungkin menikmati persekitaran yang bersih dan menghijau namun negara ini juga menghadapi cabaran sekitaran baru yang perlu ditangani menerusi inovasi dan perancangan masa depan.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli membuat pengumuman tersebut di mesyuarat ramalan persekitaran global pagi tadi (19 Feb).

Ia dihadiri sekitar 200 ahli akademik dari seluruh dunia.

Beliau berkata pendekatan Singapura melibatkan dasarnya dalam sains selain memanfaatkan sains dan teknologi untuk mencapai hasil dasar.

Misalnya, pada 2013, Singapura menubuhkan Pusat Penyelidikan Iklim Singapura untuk membangun keupayaan dalam penyelidikan terhadap cuaca dan iklim Singapura dan Asia Tenggara.

Encik Masagos juga bercakap mengenai usaha kajian dan pengembangan (R&D) untuk menangani cabaran berkaitan air.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan