Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perlu gandakan usaha siap sedia bagi pekerjaan masa depan

Singapura perlu menggandakan usaha untuk mempersiapkan rakyatnya bagi pekerjaan-pekerjaan masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura perlu gandakan usaha siap sedia bagi pekerjaan masa depan

Pekerja memakai pelitup di sekitar kawasan CBD Singapura pada 11 Jan 2021 (Gambar fail: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 30 Sep 2021 05:23PM Dikemas Kini : 30 Sep 2021 05:26PM

SINGAPURA: Singapura perlu menggandakan usaha untuk mempersiapkan rakyatnya bagi pekerjaan-pekerjaan masa depan.

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata demikian kepada CNA pada akhir lawatan sembilan hari ke Amerika Syarikat.

Singapura, tambah beliau, tidak seharusnya percaya ia dapat melindungi rakyatnya daripada persaingan.

Ini terutama sekali di tengah-tengah perubahan digital, yang menyebabkan gangguan kepada pekerjaan dan gaji serta menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat setempat.

"Orang ramai bimbang, apakah yang akan berlaku kepada pekerjaan mereka? Adakah saya akan digantikan kerana persaingan atau teknologi?

"Maka itu anda melihat penolakan ini sebenarnya berlaku di seluruh dunia, termasuk Singapura.

"Sesetengah orang berpendapat bahawa jika anda mengadakan sekatan - mengenakan sekatan cukai, menghalang warga asing daripada memasuki negara ini, anda akan terlindung daripada persaingan.

"Saya tidak sependapat dengan itu. Singapura tidak boleh percaya kepada pandangan sedemikian," kata Dr Balakrishnan. 

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan