Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perlu bangunkan daya saing baru dalam industri aeroangkasa, kata Chan Chun Sing

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata Singapura perlu membangunkan kelebihan daya saing yang baru demi mendapatkan tempat dalam industri aeroangkasa yang semakin bersaing sengit.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Feb 2020 07:55PM Dikemas Kini : 10 Feb 2020 09:07PM

SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata Singapura perlu membangunkan kelebihan daya saing yang baru demi mendapatkan tempat dalam industri aeroangkasa yang semakin bersaing sengit.

Beliau berkata demikian di Forum Kepimpinan Teknologi Aeroangkasa Singapura hari ini (10 Feb).

Encik Chan berkata Singapura sedang berusaha menjadi hab global dengan menambah nilai kepada sektor itu dalam tempoh 50 tahun akan datang.

Beliau menarik perhatian kepada kedua-dua cabaran dan peluang bagi industri tersebut seperti penggunaan data untuk transformasi digital.

Menurut Encik Chan, Singapura boleh membezakan dirinya dalam bidang itu dan menjadi hab bagi perkongsian data serta memperbaiki operasi aeroangkasa.

Lebih 250 orang hadir di forum tersebut iaitu lebih separuh daripada yang dijangkakan.

Para peserta menjalani pemeriksaan suhu badan disebabkan penularan virus korona baru. Cecair untuk membersihkan tangan juga disediakan. 

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan