Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perkukuh bidang sains & teknologi bagi tangani cabaran masa depan: Heng Swee Keat

Singapura sedang memperkukuh bidang sains dan teknologi negara ini untuk menangani cabaran-cabaran masa depan dengan lebih baik.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura perkukuh bidang sains & teknologi bagi tangani cabaran masa depan: Heng Swee Keat

(Gambar fail DPM Heng Swee Keat)

Diterbitkan : 10 Dec 2021 06:11PM Dikemas Kini : 10 Dec 2021 06:17PM

SINGAPURA: Singapura sedang memperkukuh bidang sains dan teknologi negara ini untuk menangani cabaran-cabaran masa depan dengan lebih baik.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata cabaran-cabaran itu termasuk perubahan iklim, penyakit yang boleh mencetuskan ancaman serius dan keadaan penduduk yang semakin menua.

"Kami menetapkan matlamat untuk membina asas bagi mencapai kemajuan dalam bidang-bidang seperti kesihatan dan potensi manusia, pengilangan canggih, huraian dan kemampanan perbandaran dan ekonomi digital.

"Cabaran-cabaran ini turut dihadapi banyak negara lain.

"Kita mesti belajar antara satu sama lain dan kejayaan kita dalam bidang-bidang ini juga bermanfaat kepada masyarakat global," kata Encik Heng.

Lapan saintis terkemuka dan bakat muda yang cemerlang diberi pengiktirafan dalam majlis Anugerah Presiden bagi Sains dan Teknologi hari ini (10 Dis).

Pengiktirafan tertinggi itu diberi kepada para saintis dan jurutera penyelidik dalam pelbagai bidang seperti jagaan kesihatan, bahan canggih dan penyakit berjangkit.

Anugerah tersebut juga memberi penghormatan kepada mereka yang memberi sumbangan kepada kemajuan saintifik, teknologi dan ekonomi negara ini. 

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan