Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, AS perbaharui perjanjian kerjasama infrastruktur

Satu perjanjian kerjasama dua hala antara Singapura dengan Amerika Syarikat berhubung infrastruktur sudah diperbaharui, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, AS perbaharui perjanjian kerjasama infrastruktur

Gambar: MTI

Diterbitkan : 16 Nov 2018 12:24PM Dikemas Kini : 16 Nov 2018 12:27PM

SINGAPURA: Satu perjanjian kerjasama dua hala antara Singapura dengan Amerika Syarikat berhubung infrastruktur sudah diperbaharui, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini (16 Nov).

Memorandum Persefahaman (MOU) Amerika Syarikat - Singapura yang diperbaharui pada 13 November bertujuan untuk mempertingkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara, demikian menurut MTI dalam kenyataan medianya.

Ini termasuk bidang-bidang infrastruktur seperti tenaga, sokongan ekonomi digital dan pertumbuhan teknologi kewangan (FinTech), e-dagang, huraian negara bijak dan teknologi lanjutan.

MOU tersebut ditandatangani oleh Encik Loh Khum Yean, Setiausaha Tetap Perdagangan dan Perusahaan Singapura dan Cik Stephanie Syptak-Ramnath, Pemangku Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura.

Sejak memeterai MOU tersebut pada 2016, kedua-dua negara sudah berganding bahu bagi beberapa acara seperti Perbincangan Infrastruktur Asia-Singapura dan Pesta FinTech Singapura 2018 dari 12 hingga 16 November.

Menurut MTI, perdagangan dua hala dalam bentuk barangan dan khidmat antara Singapura dengan Amerika Syarikat mencecah hampir AS$75 bilion (S$103 bilion) pada 2017.

Amerika Syarikat kekal sebagai pelabur asing terbesar Singapura pada tahun yang sama, manakala Singapura pula merupakan pelabur kedua terbesar Amerika dari Asia.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan