Skip to main content

Singapura

S'pura, Perancis kukuhkan kerjasama lewat pelancaran Tahun Inovasi 2018

Singapura dan Perancis sudah bersedia untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Jan 2018 09:25PM Dikemas Kini : 23 Jan 2018 12:06AM

SINGAPURA: Singapura dan Perancis sudah bersedia untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Dengan pelancaran Tahun Inovasi 2018 yang akan bermula esok (22 Jan), pelbagai acara akan dijalankan sepanjang tahun bagi menyediakan peluang untuk perniagaan dan syarikat pemula.

Ini dinyatakan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, S Iswaran semasa meraikan Menteri bagi Pendidikan Tinggi, Penyelidikan dan Inovasi Perancis Dr Frederique Vidal, dalam satu jamuah tengah hari.

Mereka disertai para pengerusi institut dan universiti-universiti penyelidikan Perancis yang terkemuka.

Tahun Inovasi akan menyaksikan kedua-dua negara menjadi tuan rumah bagi acara-acara seperti VivaTech yang akan berlangsung di Paris pada bulan Mac, serta Minggu Inovasi dan Teknologi Singapura atau SWITCH, pada April.

Kerjasama itu diumumkan tahun lalu oleh Presiden Perancis ketika itu, Francois Hollande dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa lawatan pemimpin Perancis itu ke negara ini.

Sumber : CNA/UR/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita