S'pura padankan langkah mansuhkan tol motosikal di Linkedua dengan M'sia mulai 21 Jan
Tol motosikal di Linkedua Tuas akan dimansuhkan mulai 21 Jan, menurut Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT) dalam satu kenyataan media hari ini (1 Jan).
SINGAPURA: Tol motosikal di Linkedua Tuas akan dimansuhkan mulai 21 Jan, menurut Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT) dalam satu kenyataan media hari ini (1 Jan).
Menjawab permintaan pihak media untuk memberi respons kepada keputusan Malaysia memansuhkan tol motosikal di Linkedua, MOT menyatakan: "Kami maklum tentang pemansuhan tol motosikal Malaysia di Linkedua. Dasar Singapura untuk sekian lama adalah untuk memadankan kadar tol dengan Malaysia.
"Singapura akan memansuhkan tol motosikal di Linkedua mulai 21 Jan 2019."
Kerajaan Malaysia menyatakan bahawa ia akan memansuhkan tol motosikalnya di Linkedua ketika ia membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 Nov.
Menyusuli pengumuman itu, Singapura menyatakan bahawa ia akan memadankan kadar tol motosikal dengan Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.