Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, NZ sahkan perjanjian ekonomi dipertingkat yang bermula 1 Jan ini

Perjanjian yang dipertingkat antara New Zealand dan Singapura berhubung Kerjasama Ekonomi Rapat (ANZSCEP) disahkan kedua-dua negara, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Isnin (30 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Dec 2019 11:15AM Dikemas Kini : 30 Dec 2019 09:39PM

SINGAPURA: Perjanjian yang dipertingkat antara New Zealand dan Singapura berhubung Kerjasama Ekonomi Rapat (ANZSCEP) disahkan kedua-dua negara, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Isnin (30 Dis).

Perjanjian yang dipertingkat itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2020, dedah kementerian tersebut.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata: "Pengesahan dan penguatkuasaan yang pantas dan lancar bagi ANZSCEP yang dipertingkat menandakan komitmen Singapura dan New Zealand bagi mengukuhkan sistem perdagangan yang terbuka dan berdasarkan peraturan.

"Perjanjian yang dimodenkan ini akan mengurangkan sekatan terhadap perdagangan dan meningkatkan kerjasama kawal selia dan usaha e-niaga, sambil memberi manfaat kepada perniagaan daripada kedua-dua negara kita. Saya mengalu-alukan hubungan ekonomi lebih kukuh antara negara-negara kami."

ANZSCEP, yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2001, adalah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala pertama bagi Singapura dan kedua bagi New Zealand.

Rundingan bagi ANZSCEP yang dipertingkat dirasmikan pada Jun 2017 di bawah tunjang perdagangan dan ekonomi Kerjasama Dipertingkat Singapura-New Zealand, dan ANZSCEP yang dipertingkatkan itu ditandatangani pada 17 Mei tahun ini.

ANZSCEP yang dipertingkat dijangka memperbaiki peraturan dan peruntukan perdagangan yang selaras dengan FTA lebih baru, yang mana ia melibatkan pihak Singapura dan New Zealand, menurut MTI.

"Ia menggabungkan antara peraturan yang paling fleksibel dan memudahkan perdagangan FTA Singapura dan waktu pelepasan tersingkat bagi barangan dan penghantaran yang dipercepatkan," dedah kementerian itu.

Perjanjian yang dipertingkat itu juga menangani isu-isu perdagangan moden dan merangkumi dua babak baru berhubung Kerjasama E-Niaga dan Kawal Selia.

Singapura dan New Zealand mempunyai hubungan perdagangan dan pelaburan yang kukuh. Pada tahun 2018, perdagangan dua hala mencatat peningkatan 12.1 peratus berbanding setahun sebelum itu kepada S$4.1 bilion, menurut MTI.

Singapura adalah pelabur ke-6 terbesar New Zealand dengan pelaburan bernilai sekitar S$3.9 bilion setakat sehingga akhir tahun 2017.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan