Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura negara pertama mengesahkan perjanjian dagangan RCEP

Singapura menjadi negara pertama mengesahkan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Apr 2021 08:10PM Dikemas Kini : 09 Apr 2021 09:18PM

SINGAPURA: Singapura menjadi negara pertama mengesahkan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP).

Ia merupakan negara yang pertama dalam kalangan 15 negara anggota untuk menyerahkan dokumen pengesahan perjanjian RCEP kepada Setiausaha Agung ASEAN.

Negara-negara anggota yang lain menyasarkan untuk menguatkuasakan perjanjian RCEP pada 1 Januari 2022.

Perjanjian tersebut perlu disahkan oleh sekurang-kurangnya enam anggota ASEAN dan tiga bukan anggota ASEAN sebelum ia boleh dikuatkuasakan.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata pengesahan yang cepat oleh Singapura mencerminkan komitmen negara untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan ekonomi.

Beliau berharap para anggota lain akan mengikut jejak langkah Singapura.

Di bawah pakatan tersebut, para peniaga boleh meraih faedah daripada pengurangan tarif, kiriman bekalan lebih pantas serta prosedur kastam lebih mudah.

Apabila dilaksanakan kelak, RCEP akan menjadi perjanjian dagangan bebas yang terbesar di dunia, menghubungkan satu pertiga penduduk dunia dengan sekitar 30 peratus ekonomi dunia. 

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan