Skip to main content

Singapura

S'pura negara pertama manfaatkan teknologi kamera terkini bagi Google Street View

Tidak lama lagi anda tidak perlu mengecilkan mata anda apabila cuba mengenal pasti sesuatu mercu tanda atau perniagaan di Paparan Jalan Google atau Google's Street View.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Jan 2018 08:56PM Dikemas Kini : 24 Jan 2018 09:02PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi anda tidak perlu mengecilkan mata anda apabila cuba mengenal pasti sesuatu mercu tanda atau perniagaan di Paparan Jalan Google atau Google's Street View.

Syarikat teknologi terkemuka itu baru sahaja melancarkan imej Paparan Google yang sudah dikemas kini bagi meningkatkan mutu petanya.

Singapura menjadi negara pertama di rantau ini yang akan dapat imej Paparan Jalan yang lebih baik itu, menggunakan teknologi kamera terkini Google.

Kamera baru itu ada tujuh lensa, setiap satu mempunyai resolusi imej digital 20 megapiksel.

Ia menghasilkan imej-imej yang amat jelas.

Kamera itu turut mempunyai keupayaan Pengesanan Cahaya dan Jarak Sensor atau LIDAR yang dapat membantu meletakkan dengan lebih tepat di Peta Google.

Sumber : CNA/UR/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita