Skip to main content

Singapura

S'pura negara Asia Pasifik pertama laksana inisiatif celik digital baru Facebook

Singapura akan menjadi negara pertama yang melaksanakan program celik digital baru syarikat gergasi media sosial Facebook. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura negara Asia Pasifik pertama laksana inisiatif celik digital baru Facebook

Petikan gambar laman 'We Think Digital'.

Diterbitkan : 05 Mar 2019 11:48PM Dikemas Kini : 06 Mar 2019 12:04AM

SINGAPURA: Singapura akan menjadi negara pertama yang melaksanakan program celik digital baru syarikat gergasi media sosial Facebook. Ia berharap dapat melatih sejuta pengguna di lapan negara Asia Pasifik untuk berfikir secara kritikal dan membuat pertimbangan bila berkongsi kandungan dalam talian menjelang 2020.

Menerusi satu catatan blog hari ini (5 Mac), Facebook menyatakan bahawa inisiatif 'We Think Digital' merupakan satu portal pendidikan dalam talian dengan kelas interaktif merangkumi pelbagai topik seperti privasi, keselamatan, wacana digital dan mengetahui jejak digital anda.

Terdapat empat modul yang dihasilkan Facebook dalam kerjasamanya dengan pakar-pakar dari rantau ini.

Singapura akan menjadi negara pertama di Asia Pasifik untuk mengendalikan program itu, menurut Facebook, sebelum ia dilaksanakan di pasaran-pasaran serantau lain seperti Filipina, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Taiwan. Ia juga berharap untuk meluaskan program itu ke luar rantau Asia Pasifik seperti di Argentina dan Mexico.

Persatuan Rakyat (PA) merupakan rakan Facebook di Singapura, sedang syarikat itu berusaha untuk menyatukan rakyat Singapura daripada semua latar belakang menerusi pelbagai program kemasyarakatan.

Mediacorp turut diberitahu bahawa Facebook sedang bekerjasama dengan PA bagi memastikan modul-modul yang ditawarkan adalah relevan dengan golongan warga emas di Singapura. Ia akan menganjurkan sesi melatih jurulatih dan bekerjasama dengan PA untuk mengumpul maklum balas daripada golongan lanjut usia. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita