S'pura mungkin alami bau asap, sedikit jerebu akibat 3 tompok panas di Johor
Singapura mungkin mengalami bau terbakar dan sedikit jerebu untuk beberapa hari akan datang disebabkan tiga tompok panas di selatan Johor, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (6 Mac).
Gambar fail HDB.
SINGAPURA: Singapura mungkin mengalami bau terbakar dan sedikit jerebu untuk beberapa hari akan datang disebabkan tiga tompok panas di selatan Johor, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (6 Mac).
Agensi tersebut menyatakan demikian sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp setelah para penduduk di beberapa bahagian di Singapura menghidu bau asap yang kuat pada Selasa.
Bau tersebut dilaporkan di kawasan-kawasan seperti Bukit Panjang, Punggol, Bishan, Serangoon, Yishun and Aljunied, dengan seorang penduduk mengatakan ia "amat teruk".
"NEA mengesan kepulan asap dari tiga tompok panas di selatan Johor, dari arah timur dan timur laut Singapura," pihak berkuasa itu mengesahkan.
"Dengan angin yang sedang bertiup dari arah timur atau timur laut, kebakaran tersebut besar kemungkinan punca bau asap yang boleh dihidu oleh orang awam malam semalam."
Menurut NEA, arah tiupan angin tersebut dijangka berterusan selama beberapa hari. Oleh itu, Singapura mungkin mengalami bau asap dan sedikit jerebu sekiranya kebakaran di Johor berterusan.
NEA menambah bahawa sejak jam 6.00 petang pada Selasa (5 Mac), indeks pencemaran udara (PSI) di merata Singapura berada di paras baik hingga sederhana.
Menurut NEA musim cuaca kering sekarang biasa berlaku di rantau ini dan boleh menyebabkan kebakaran di kawasan tanah terbuka dan belukar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.