S'pura mesti jelas dalam penggubalan dasar untuk tarik pelaburan: Chan Chun Sing
Singapura mesti konsisten dan jelas dalam penggubalan dasarnya jika negara ini ingin menyediakan sekitaran yang stabil, terjamin dan mesra perniagaan untuk menarik pelaburan jangka panjang, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Selasa (27 Ogos).

(Gambar: Brandon Tanoto)
SINGAPURA: Singapura mesti konsisten dan jelas dalam penggubalan dasarnya jika negara ini ingin menyediakan sekitaran yang stabil, terjamin dan mesra perniagaan untuk menarik pelaburan jangka panjang, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Selasa (27 Ogos).
"Untuk Singapura membezakan dirinya daripada persaingan dan segala ketidaktentuan, semakin perlu untuk kami menggandakan usaha dan fokus terhadap asas-asas kami yang akan meletakkan kami di kedudukan baik di tengah-tengah waktu mencabar," kata Encik Chan.
Menurut menteri itu, asas-asas ini termasuk Singapura bersaing atas dasar penciptaan nilai, mutu dan piawaian dan bukan harga untuk menarik para pelabur asing.
Asas-asas lain termasuk terus melatih semula dan meningkatkan kemahiran para pekerja di tengah-tengah gelombang perubahan teknologi yang boleh mengubah proses pekerjaan atau menyebabkan pekerjaan-pekerjaan tidak lagi relevan.
Beliau menambah bahawa Pemerintah akan bekerjasama rapat dengan semua syarikat di Jurong island termasuk ExxonMobil dan Linde, untuk memastikan bahawa kemahiran pekerja kekal "berdaya saing".
Encik Chan sedang berucap di acara pecah tanah bagi pelaburan syarikat gas dan kejuruteraan, Linde dari Amerika Syarikat bernilai S$1.9 bilion untuk memperluaskan kompleks gasifikasi sedia ada di Jurong Island.
Pelaburan itu adalah yang terbesar bagi syarikat itu secara global dan menunjukkan komitmen berterusan terhadap Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.